Keindahan Alam Semesta adalah Puisi Tuhan



ALAM seringkali menjadi inspirasi bagi para penyair untuk mencipta puisi. Alam mungkin dijadikan sebagai metafora dalam menyampaikan gagasan. Gagasan tersembunyi dalam mengungkapkan perasaannya atau memang penyair itu mencipta puisi untuk keindahan alam.

Sebagai seniman dan sekaligus penyair saya antara insan seni yang terpanggil untuk menyatakan betapa alam di mana saya lahir dan dibesarkan kini telah memarahi manusia. Zaman lampau hutan dan ladang getah menjadi tempat pemainan saya dan kawan-kawan kini menjadi penyebab kerosakan bumi. Tumbuhan yang menghijau di perbukitan berganti tanaman yang menguntungkan dari segi ekonomi tetapi keuntungan itu tidak dapat dikongsikan kegembiraannya bagi sesetengah penduduk di tanah rendah. Apabila hakisan terjadi, sungai semakin mengecil, air tidak dapat ditampung akhirnya membanjiri desa-desa. Hingga kini, banjir menjadi warna yang enggan terhakis daripada kehidupan. Dan ketika seniman menulis mengenainya, politik pula menukar sentimen kemanusiaan. Natijahnya, alam terus marah!

Alam adalah kumpulan keindahan daripadaTuhan, begitu penyair yang mengagungkan lewat berbagai puisi. Mencuba untuk memilih satu persatu kebaikan alam melalui celah-celah kata dalam puisi. Mengucapkan syukur betapa baiknya Tuhan telah memberikan semuanya itu kepada kita.

Di antara puisi-puisi tentang alam tersebut antara lain adalah: tentang indahnya sebuah desa, tentang kicauan burung, indahnya sebuah pantai dan laut, merdunya suara gemerecik hujan, sepinya kemarau, kerosakan alam, angin, halilintar dan masih banyak lagi istilah lainnya yang terkandung dalam isi puisi-puisi tersebut.

Dalam membuat puisi tentang alam atau menggunakan metafora alam sebagai media menyampaikan gagasan, kita harus menyatu dengan alam. Beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penciptaan puisi tentang alam sebagaimana berikut:
Datanglah ke tempat kita akan menyampaikan gagasan. Misalnya, kita akan membuat tema tentang gunung, hal yang pertama kita lakukan adalah datang ke gunung tersebut.
Puisi itu berkaitan dengan emosi penyairnya. Oleh sebab itu, perjalanan menuju alam yang akan kita ciptakan sebagai gagasan harus penuh intrik dan emosi, entah itu kebahagiaan atau kesedihan.

Ketika sampai di lokasi tujuan, jauhkan diri anda daripada keramaian kerana penciptaan puisi itu mahukan perenungan, mahukan kesendirian.

Mulailah dengan mengkaji diri sendiri yang anda kaitkan dengan alam sekitar.
Jika kesulitan menciptakan kata pertama dalam puisi, anda harus mulai dengan deskripsi ruang atau gambarkan saja apa yang anda lihat meskipun dengan bahasa yang sederhana. Misalnya, pohon-pohon berdiri kaku/menatapku beku/dengan sorot mata yang bisu/

Buatlah sebuah metafora yang menarik dan cantik yang mungkin tidak terfikirkan oleh orang lain kerana keindahan puisi itu dinilai dari diksi.

Gunakan emosi yang baik kerana puisi lahir dari sebuah proses, bukan tercipta secara segera, saat itu melihat, saat itu diciptakan. Simpan kenangan itu di benak anda. Kemudian, deskripsikan alam setelah anda mempunyai empati pada alam itu dengan baik.
Puisi anda akan memiliki roh jika anda faham benar tentang gagasan yang akan anda tulis. Jadi kenalilah gagasan tersebut dengan baik.

Sebab yang demikian penyair tidak akan berhenti berkreatif demi alam sebagai anugerah Tuhan. Keindahan alam adalah puisi Tuhan. Politik seharusnya menjadi landasan memberi kebaikan namun kebaikan untuk jangka masa pendek semata-mata. Kerana politik selalunya bermusim begitulah halnya kebahagiaan manusia yang berdaulat kepada janji politik. Hanya seniman sejati yang mampu memberi keindahan bersama gagasannya tanpa batas.

Reader Comments



Salam Puisi

PUISI merupakan sebuah genre kesusasteraan yang lahir daripada gembelengan seluruh tenaga yang ada: dalam dan luaran, fakta dan renungan imaginasi dan pengalaman penyair yang menakjubkan. Lihatlah, adakah seorang penyair yang mencipta puisi sepanjang waktunya? Tentulah tidak. Dia hanya menggarap atau berkarya pada saat-saat jiwanya tersentuh, mindanya terbuka dan kreativitinya mendesak. Pada ketika itu, percayalah jiwanya meronta-ronta untuk menyatakan sesuatu yang dilihat, mungkin juga yang didengar, memberi reaksi terhadap apa yang terjadi dan kadang-kadang juga mencuba mencari jawapan serta penyelesaian kepada apa yang berlaku. Para penyair bekerja dan berjuang dengan persepsi yang jauh lebih meresap, menggunakan kata-kata juah lebih halus, yang mampu meruntun rasa pembaca yang jauh lebih mendasar. Kita ingin menyelami yang tersurat daripada sesebuah karya. Blog ini merupakan sebuah alternatif ke arah mengangkat karya-karya kreatif para penyair di Sabah menerusi pembicaraan kritis terhadap puisi-puisi yang pernah diterbitkan bercetak di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Pembicaraan ini bersifat interaktif dan mesra baca dan tidak tercetak di mana-mana media. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sebahagian rekayasa pencerahan karya serta kepenyairan para penyair yang terlibat. Usaha ini merupakan sumbangan peribadi saya yang amat mencintai puisi. Ia tentunya bukan suatu yang sempurna. Jestru, anda boleh melakukan sebarang komentar terhadap pembedahan karya-karya berkenaan melalui ruangan yang disediakan.

Ungkap Sasterawan

Yang kami perlukan kata benar bukan cerita besar ~ SN Muhammad Haji Salleh.

Saya rajin mengarang tetapi tidak tahu sama ada saya maju atau berkembang. Mungkin saya hanya rajin mengarang sahaja, tetapi masih di takuk lama ~ SN Shanon Ahmad

Sastera dan Seni tidak bererti kalau kesusasteraan tidak bergoncang ~ SN Dato' A.Samad Said

Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu jiwa bangsa ~ Sutan Tadbir Alisjahbana

Kita tahu bahawa seni itu indah dan indah itu bagi seseorang tidak sama ~ Dharmawijaya

Kalau hendak memperbaiki karangan adakan peraturan dalam fikrian ~ Rabindranath Tagore

Blogger Templates by Blog Forum



ONY SAHARA ROSNAH

JAIR SULAI

Arkib

Catatan Popular


Get Free Shots from Snap.com