Tanah Terbilang Buah Fikir Hasnah Anjam



SEPUTAR PUISI memulakan pembicaraan dengan mengangkat sebuah puisi karya Hasnah Anjam dari Kota Belud, Sabah. Sebuah sajaknya berjudul 'Padamu Tanah Terbilangan, Inilah Sajak Penghormatan' tersiar di Utusan Borneo, 16 Jun 2008. Sajak ini bernada patriotik menifestasi seorang anak peribumi yang menghargai tanah tumpah darah, tanah kelahiran dan tanah di mana ia dibesarkan berkat hasil gigih perjuangan, bakti agung dan maha bererti para pejuang kemerdekaan hingga terbinanya sebuah negara yang unggul dan berjaya.

Sajak ini kelihatannya jauh berbeza saya fikir dari segi bentuk asal, tentu sahaja disebabkan ruang yang telah sesuaikan di kertas surat khabar. Bentuk lirik dari segi leksikalnya memang menguja kepada pembaca, apa tah lagi bila penyair berupaya memanupulasikan setiap kata dan ayat, setiap diksi yang diperindah hingga terserlah semangat cinta dan kasih sayang terhadap tanah air terbilang.

Dalam sajak ini, penyair menjadikan angka '446' sebagai asas ingatan atau tanda kunci terhadap pembinaan sebuang negara Malaysia. Selama 446 tahun, kuasa asing menjajah tanah air kita. Portugis datang pada 1511 (130 tahun, 1511-1641), diikuti Belanda (183 tahun, 1641-1824) dan akhirnya Inggeris (133 tahun, 1824 - 1957). Malaya yang digambarkan sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas) oleh Ptolemy, diibaratkan seperti seorang wanita yang ada segala-galanya, tetapi dipermainkan oleh penjarah dengan bertukar tangan antara mereka. Mereka mengambil segala hasil bumi kita dan membina negara mereka. Mereka mengambil wanita kita dan dijadikan gundik. Mereka menjadikan kaum lelaki kita sebagai hamba abdi. Mereka adalah tuan dan ketua dan kita adalah pekerja dan hamba mereka. Selama lebih empat setengah kurun, mereka merampas maruah dan kehormatan kita. Jadi apabila Jepun tiba, sebahagian daripada kita berfikiran kita ada peluang. Tetapi mereka memenggal kepala kita kerana tidak tunduk kepada mereka, menyeksa kita dengan pelbagai cara, memaksa mengheret lelaki kita menjadi buruh paksa bagi membina landasan kereta api di kawasan paya yang diserang penyakit malaria; dan apabila mereka meninggalkan bumi kita, apa yang tinggal hanyalah kenangan yang amat perit dan memalukan sebagai satu bangsa yang tewas.

Oleh itu, kita boleh bayangkan bagaimana suasana dan perasaan di Stadium Merdeka pada tengah malam 30 Ogos 1957. Apakah yang bermain pada fikiran setiap orang yang akan menjadi rakyat warga negara Malaya, merdeka, bebas yang dapat menentukan nasib sendiri dan bukan lagi diabdikan oleh British, Jepun, Belanda atau Portugis. Kebebasan, kedaulatan dan menjadi tuan di bumi sendiri - hanya menjadi impian selama 446 tahun. Namun pada hari yang bersejarah 31 Ogos 1957, impian itu menjadi kenyataan. Siapa antara kita yang tidak berada di Stadium Merdeka pada tengah malam itu, betul-betul memahami atau membayangkan perasaan kemerdekaan?

Kita hanya boleh bayangkan. Bagaimana orang yang tidak pernah menjadi tuan dalam menentukan nasibnya mahu membina negaranya sendiri? Terdapat pemisahan kaum yang sengaja dilakukan oleh British melalui dasar pecah dan perintahnya, terdapat jurang ekonomi yang ketara antara kumpulan kaum utama dan penduduk pribumi dengan pendatang yang memilih Malaysia sebagai negara baru mereka; pemimpin Indonesia yang mahu menakluki tanah ini sehingga membawa kepada konfrontasi, diikuti pula dengan perpisahan Singapura. Dua belas tahun selepas kemerdekaan kita hampir terbelah dua akibat rusuhan kaum pada 1969. Tetapi Malaya terus hidup dan bertahan. Malaysia berjaya mengatasinya.

Hari ini, kita adalah bangsa yang hebat, negara yang hebat. Kita bukan sebuah negara yang terkaya dan tidak juga yang paling maju. Kita juga bukan negara peneraju dalam bidang teknologi. Kita bukan yang terbaik dalam banyak perkara, tetapi satu perkara yang kita ada - sebuah negara yang kita boleh tunjukkan kepada dunia di mana rakyatnya yang berbilang bangsa hidup dalam toleransi, aman dan harmoni. Berapa banyak negara yang boleh katakan begitu mengenai diri mereka sendiri?

Setelah 50 tahun berlalu, sepanjang tempoh masa itu, kita melalui perubahan demi perubahan,

Reader Comments

Wow... Beautiful pictures.
Nice blog.

Please visit:

http://youngeveryday.blogspot.com

Keep blogging.
Good job.



Salam Puisi

PUISI merupakan sebuah genre kesusasteraan yang lahir daripada gembelengan seluruh tenaga yang ada: dalam dan luaran, fakta dan renungan imaginasi dan pengalaman penyair yang menakjubkan. Lihatlah, adakah seorang penyair yang mencipta puisi sepanjang waktunya? Tentulah tidak. Dia hanya menggarap atau berkarya pada saat-saat jiwanya tersentuh, mindanya terbuka dan kreativitinya mendesak. Pada ketika itu, percayalah jiwanya meronta-ronta untuk menyatakan sesuatu yang dilihat, mungkin juga yang didengar, memberi reaksi terhadap apa yang terjadi dan kadang-kadang juga mencuba mencari jawapan serta penyelesaian kepada apa yang berlaku. Para penyair bekerja dan berjuang dengan persepsi yang jauh lebih meresap, menggunakan kata-kata juah lebih halus, yang mampu meruntun rasa pembaca yang jauh lebih mendasar. Kita ingin menyelami yang tersurat daripada sesebuah karya. Blog ini merupakan sebuah alternatif ke arah mengangkat karya-karya kreatif para penyair di Sabah menerusi pembicaraan kritis terhadap puisi-puisi yang pernah diterbitkan bercetak di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Pembicaraan ini bersifat interaktif dan mesra baca dan tidak tercetak di mana-mana media. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sebahagian rekayasa pencerahan karya serta kepenyairan para penyair yang terlibat. Usaha ini merupakan sumbangan peribadi saya yang amat mencintai puisi. Ia tentunya bukan suatu yang sempurna. Jestru, anda boleh melakukan sebarang komentar terhadap pembedahan karya-karya berkenaan melalui ruangan yang disediakan.

Ungkap Sasterawan

Yang kami perlukan kata benar bukan cerita besar ~ SN Muhammad Haji Salleh.

Saya rajin mengarang tetapi tidak tahu sama ada saya maju atau berkembang. Mungkin saya hanya rajin mengarang sahaja, tetapi masih di takuk lama ~ SN Shanon Ahmad

Sastera dan Seni tidak bererti kalau kesusasteraan tidak bergoncang ~ SN Dato' A.Samad Said

Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu jiwa bangsa ~ Sutan Tadbir Alisjahbana

Kita tahu bahawa seni itu indah dan indah itu bagi seseorang tidak sama ~ Dharmawijaya

Kalau hendak memperbaiki karangan adakan peraturan dalam fikrian ~ Rabindranath Tagore

Blogger Templates by Blog Forum



ONY SAHARA ROSNAH

JAIR SULAI

Arkib

Catatan Popular


Get Free Shots from Snap.com