Tentang Hiperbola dalam karya sastera



DALAM dunia sastera, kita akan bertemu dengan perkataan bombastik dan hiperbola. Ramai yang keliru dengan perkataan bombastik dan hiperbola kerana kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud perkataan yang berlebih-lebihan.

Menurut Rahman Shaari, bombastik dan hiperbola ialah perkataan-perkataan yang berlebih-lebihan atau melampau-lampau. Apa yang membezakannya ialah bombastik bermaksud kata-kata yang berlebih-lebihan, tetapi tidak mempunyai nilai keindahan. Sedangkan hiperbola pula ialah kata-kata yang berlebih-lebihan, tetapi mempunyai nilai keindahan.

Bagaimana pun dalam ruangan ini saya hanya akan membincangkan tentang hiperbola. Hiperbola adalah ungkapan (pernyataan) yang berlebih-lebihan atau dibesar-besarkan untuk memperoleh kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah. Makalah kali ini akan berusaha mencari penjelasannya.

Sebenarnya di dalam hiperbola terdapat dua kata (atau bentuk lain), penanda dari kata pertama tersembunyi (implisit) dan digantikan oleh yang kedua. Iaitu kata (atau bentuk yang lain) yang mempunyai intensiti makna jauh melebihi kata yang pertama (yang tersembunyi). Kadang-kadang kedua kata yang dibanding muncul bersama, bahkan diantarakan oleh kata pembanding. Sebenarnya hiperbola sering mengambil proses pembentukan jenis majas yang lain. Kadang-kadang proses pembentukannya seperti majas perumpamaan (simile), metafora, atau majas lainnya. Yang penting dalam hiperbola adalah fokus perhatian terletak pada kesan intensiti makna.

Dikemukakan beberapa contoh. Contoh pertama melalui ungkapan ini: Dengan suara menggelegar, ia berkata:”Pergi kau dari sini!” Ada perbandingan antara suara halilintar dengan suara manusia (implisit). Komponen makna penyama adalah: nyaring (keras). Komponen makna pembezanya adalah 'suara manusia' dan 'suara alam raya' yang sangat keras. Jadi, di sini digunakan bentuk metafora.

Contoh seterusnya perhatiankan pada ayat ini: Tiga tahun telah berlalu sejak meninggalnya kekasihku, namun tak sedetik pun wajahnya hilang dari ingatanku.
Kata sedetik sebenarnya mengemukakan perbandingan antara waktu yang sangat singkat, dengan waktu yang dirasakannya. Meskipun waktu yang dirasakan itu sebenarnya bukan sedetik, melainkan barangkali satu atau beberapa jam. Dalam kenyatannya, tidak mungkin dalam waktu tiga tahun orang memikirkan satu hal saja terus menerus, sampai bilangan detik. Bentuk yang dipakai di sini adalah sinekdoke. Ukuran waktu yang digunakan jauh lebih sedikit (sebahagian) daripada waktu yang sebenarnya digunakan. Yang penting di sini ialah kesan yang ditampilkan. Dengan menggunakan majas ini, intensiti makna bahasa menjadi sangat kuat.

Kita lihat lagi sebuah contoh:Secepat kilat ia berlari menuju garis penamat. Di sini bahkan perbandingan bersifat eksplisit – cepat seperti kilat. Yang dibandingkan adalah kecepatan lari manusia dengan kecepatan kilat. Jadi bentuk hiperbola di sini adalah simile.
Bagaimana dengan ayat ini: Kuman di seberang lautan Nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak.

Ujaran di atas menampilkan empat hiperbola, iaitu kuman (untuk menggambarkan kesalahan  yang begitu kecil), di seberang lautan (untuk menunjukkan jarak  yang begitu jauh), gajah (untuk mengemukakan kesalahan yang begitu besar) dan akhirnya di pelupuk mata (untuk menampilkan jarak yang begitu dekat).

Di sini hiperbola digunakan untuk menggambarkan ukuran benda akstrak yang dikonkritkan (iaitu kesalahan) dan ukuran jarak. Ukuran itu boleh menjadi sangat besar atau sangat kecil.  Ketiga hiperbola pada contoh terakhir ini mengambil proses pembentukan majas simile dan metafora. Jadi, bila sejumlah pakar memasukkan hiperbola ke dalam majas perbandingan , disamakan perbandingan eksplisit (simile) atau implisit (metafora) mereka mempunyai alasan yang kuat.

Pada perhatian saya, memang ramai penulis khususnya puisi tidak menyedari bahawa mereka banyak sekali menggunakan gaya bahasa hiperbola dalam karya-kaya mereka. Saya mengaku hiperbola menjadi salah satu gaya bahasa untuk menarik minat pembaca atau penikmat karya sastera. Di Sabah saya boleh kategorikan penyair Mabulmaddin Shaiddin melalui 'Stensil Si Pari-Pari', sebuah kumpulan puisi persendiriannya, begitu senang dengan gaya bahasa ini. Bahkan saya sendiri dalam banyak puisi yang dihasilkan, unsur hiperbola begitu mesra digunakan. Jangan risau sekiranya anda dikategorikan sebagai pendukung hiperbola kerana keindahan bahasa boleh lahir dalam bentuk apapun. Indah dan mesra makna.

Reader Comments



Salam Puisi

PUISI merupakan sebuah genre kesusasteraan yang lahir daripada gembelengan seluruh tenaga yang ada: dalam dan luaran, fakta dan renungan imaginasi dan pengalaman penyair yang menakjubkan. Lihatlah, adakah seorang penyair yang mencipta puisi sepanjang waktunya? Tentulah tidak. Dia hanya menggarap atau berkarya pada saat-saat jiwanya tersentuh, mindanya terbuka dan kreativitinya mendesak. Pada ketika itu, percayalah jiwanya meronta-ronta untuk menyatakan sesuatu yang dilihat, mungkin juga yang didengar, memberi reaksi terhadap apa yang terjadi dan kadang-kadang juga mencuba mencari jawapan serta penyelesaian kepada apa yang berlaku. Para penyair bekerja dan berjuang dengan persepsi yang jauh lebih meresap, menggunakan kata-kata juah lebih halus, yang mampu meruntun rasa pembaca yang jauh lebih mendasar. Kita ingin menyelami yang tersurat daripada sesebuah karya. Blog ini merupakan sebuah alternatif ke arah mengangkat karya-karya kreatif para penyair di Sabah menerusi pembicaraan kritis terhadap puisi-puisi yang pernah diterbitkan bercetak di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Pembicaraan ini bersifat interaktif dan mesra baca dan tidak tercetak di mana-mana media. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sebahagian rekayasa pencerahan karya serta kepenyairan para penyair yang terlibat. Usaha ini merupakan sumbangan peribadi saya yang amat mencintai puisi. Ia tentunya bukan suatu yang sempurna. Jestru, anda boleh melakukan sebarang komentar terhadap pembedahan karya-karya berkenaan melalui ruangan yang disediakan.

Ungkap Sasterawan

Yang kami perlukan kata benar bukan cerita besar ~ SN Muhammad Haji Salleh.

Saya rajin mengarang tetapi tidak tahu sama ada saya maju atau berkembang. Mungkin saya hanya rajin mengarang sahaja, tetapi masih di takuk lama ~ SN Shanon Ahmad

Sastera dan Seni tidak bererti kalau kesusasteraan tidak bergoncang ~ SN Dato' A.Samad Said

Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu jiwa bangsa ~ Sutan Tadbir Alisjahbana

Kita tahu bahawa seni itu indah dan indah itu bagi seseorang tidak sama ~ Dharmawijaya

Kalau hendak memperbaiki karangan adakan peraturan dalam fikrian ~ Rabindranath Tagore

Blogger Templates by Blog Forum



ONY SAHARA ROSNAH

JAIR SULAI

Arkib

Catatan Popular


Get Free Shots from Snap.com