Ketika Hidup Adalah Puisi

SETIAP malam ketika terdengar suara anak-anak melantunkan ayat-ayat suci al-Quran, kami seolah menemukan sebuah cahaya kesedaran dalam hidup. 'Jika tidak ada kesedaran kerana kecintaan kepada anak-anak, tidak ada orang yang sanggup mengajar.' Begitu kata isteri saya. Hidup begitu indah, melatih sebuah  yang menjauhkan diri daripada hawa nafsu bagai sebuah bait puisi. Puisi yang penuh makna. Makna itulah yang menjadi cahaya dalam perjalanan hidup kita menuju Ilahi Rabbi, tidak ada lagi kegelapan hati seperti dengki, iri, amarah, sakit hati semua menjadi sirna kerana datangnya cahaya.

Hidup adalah puisi maka kebahagiaan adalah puisi. Mengajar adalah puisi. Kesendirian adalah puisi. Dalam keramaian adalah puisi. Kesedihan adalah puisi. Makian juga puisi. Pujian merupakan puisi yang dinanti. Sampah juga puisi. Bila semuanya puisi yang memiliki makna dalam kehidupan maka akan menjadi sebuah  yang menerangi hidup kita.

Kala pendulum dalam diri kita hadir, kebahagiaan berganti kesedihan, suka berganti duka, kesihatan berganti sakit, kegembiraan berganti penderitaan, biarkanlah ia tetap menjadi cahaya dalam perjalanan hidup. Kita tidak membiarkan kemarahan menentukan arah tujuan hidup kita sebab kemarahan adalah kegelapan. Marah pada kemarahan bererti bersembunyi di tempat gelap yang membuat hidup kita makin tersesat dalam kegelapan. Tersenyumlah pada saat kemarahan menjulang maka akan menjadi puisi yang terindah yang pernah kita jumpai.

Ada puisi yang indah dari Barbara Marciniak berbunyi, 'be kind when you speak of the forces of darkness. Do not speak as if they are bad. Simpy understand that they are uniformed.'(Bersikaplah baik bila bertemu dengan kekuatan-kekuatan kegelapan sebab mereka tidak jahat, mereka hanya belum mengerti cara berbuat baik.)

Setiap hari apakah yang kita begitu merasa bahagia mengalami peristiwa yang sama. Barangkali dengan sedikit kelainan akan menterjemah makna yang tersembunyi, misalnya daripada corak awan-awan yang sering ditatap, kita memberi nilai baru daripada kebiasaan. Fenomena atmosfera yang menggempatkan di tempat anda menzahirkan rasa takjub dan upaya sedar yang tinggi  menyebabkan diri menjadi begitu kerdil. Kita menemui puisi di situ. Keindahan dan kegerunan berapung menemukan keajaiban. Bukankah keindahan itu berupa sebuah puisi? Kegerunan itu pula adalah pengalaman dalaman yang boleh mengubah nilai diri kita.

Kita sering menemui sesuatu ketika berada di hadapan cermin. Bukan salah cermin jika kamu tidak jadi cantik. Sebetulnya sebelum ini kecantikanmu terserlah. Cermin di kamar menggambar wajahmu seadanya. Cermin hatimu pula memandu agar wajahmu harus lebih daripada itu. Benar kamu cantik, kata cermin hati, begitu juga cermin di kamar. Tapi kamu mahu lagi. Sebenarnya kamu tetap kurang, semakin melebih-lebihkan anugerah Tuhan kamu tidak mungkin cantik dan terus terpedaya oleh hasutan kekurangan. Lalu kamu peragakan wajah yang baru. Aku tahu itu bukan kamu. Tapi jangan salahkan cermin jika kamu begitu hodoh!

Inilah puisi ketika kita memandang orang-orang yang inginkan kecantikan, angun dan indah di mata orang lain. 

Setiap hari di tempat kita sendiri, orang berpuisi dengan bebasnya kerana inginkan kelainan yang baru. Mereka mahu pemimpin yang baru dan sebuah pemerintah yang lain. Orang-orang sanggup berbuat apa sahaja, berpidato, berhujah dan berpuisi. Dengan kata-kata dan emosi, suara pun menggema. Tiada tempat yang sunyi untuk berpuisi waima di ladang yang damai jauh di pedalaman kini juga tersemai benih berjuang. Di sana berlaku segala kebaikan yang jarang terjadi. Warga emas dilayan melebihi ibu bapa sendiri. Lahir kata-kata terindah, benih janji disemai, baja harapan ditabur. Semuanya terjelma pada musim yang dinantikan yang berulang dan berulang apabila tiba masanya.

Saat itu puisi bergema di mana-mana.

Reader Comments



Salam Puisi

PUISI merupakan sebuah genre kesusasteraan yang lahir daripada gembelengan seluruh tenaga yang ada: dalam dan luaran, fakta dan renungan imaginasi dan pengalaman penyair yang menakjubkan. Lihatlah, adakah seorang penyair yang mencipta puisi sepanjang waktunya? Tentulah tidak. Dia hanya menggarap atau berkarya pada saat-saat jiwanya tersentuh, mindanya terbuka dan kreativitinya mendesak. Pada ketika itu, percayalah jiwanya meronta-ronta untuk menyatakan sesuatu yang dilihat, mungkin juga yang didengar, memberi reaksi terhadap apa yang terjadi dan kadang-kadang juga mencuba mencari jawapan serta penyelesaian kepada apa yang berlaku. Para penyair bekerja dan berjuang dengan persepsi yang jauh lebih meresap, menggunakan kata-kata juah lebih halus, yang mampu meruntun rasa pembaca yang jauh lebih mendasar. Kita ingin menyelami yang tersurat daripada sesebuah karya. Blog ini merupakan sebuah alternatif ke arah mengangkat karya-karya kreatif para penyair di Sabah menerusi pembicaraan kritis terhadap puisi-puisi yang pernah diterbitkan bercetak di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Pembicaraan ini bersifat interaktif dan mesra baca dan tidak tercetak di mana-mana media. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sebahagian rekayasa pencerahan karya serta kepenyairan para penyair yang terlibat. Usaha ini merupakan sumbangan peribadi saya yang amat mencintai puisi. Ia tentunya bukan suatu yang sempurna. Jestru, anda boleh melakukan sebarang komentar terhadap pembedahan karya-karya berkenaan melalui ruangan yang disediakan.

Ungkap Sasterawan

Yang kami perlukan kata benar bukan cerita besar ~ SN Muhammad Haji Salleh.

Saya rajin mengarang tetapi tidak tahu sama ada saya maju atau berkembang. Mungkin saya hanya rajin mengarang sahaja, tetapi masih di takuk lama ~ SN Shanon Ahmad

Sastera dan Seni tidak bererti kalau kesusasteraan tidak bergoncang ~ SN Dato' A.Samad Said

Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu jiwa bangsa ~ Sutan Tadbir Alisjahbana

Kita tahu bahawa seni itu indah dan indah itu bagi seseorang tidak sama ~ Dharmawijaya

Kalau hendak memperbaiki karangan adakan peraturan dalam fikrian ~ Rabindranath Tagore

Blogger Templates by Blog Forum



ONY SAHARA ROSNAH

JAIR SULAI

Arkib

Catatan Popular


Get Free Shots from Snap.com