Ukuran kualiti puisi



KETIKA membaca dan memaknai puisi, umumnya pembaca selalu menggunakan beberapa ukuran. Ukuran penilaian atas kualiti dan keindahan puisi sesungguhnya pelbagai dan beragam. Bila suatu ketika anda memiliki waktu senggang dan mengisinya dengan membaca puisi, mungkin anda akan memperoleh kesan selama membaca dan setelah selesai membaca puisi tertentu. Kesan itu akan sangat bergantung pada minat dan tujuan yang hendak dicapai: mungkin untuk mendapatkan hiburan ringan yang segar, untuk melepaskan fikiran yang kacau, dan membaca puisi yang memenuhi keinginan; mungkin anda akan menyimpulkan bahawa puisi itu tergolong sebagai puisi yang baik, indah dan berkualiti. Diam-diam, anda telah menggunakan sebuah ukuran yang bersifat peribadi dan subjektif yang berdasarkan kesenangan. Ukuran serupa itu disebut ukuran kesenangan.

Sering kita mendengar keluhan bahawa puisi sukar sekali difahami, sulit dihayati, atau payah dimaknai sehingga jika menemukan puisi yang menurutnya sulit difahami dan dihayati lantas menilai bahawa puisi itu kurang bagus dan bermutu rendah. Jika anda berperilaku seperti itu, diam-diam anda telah menggunakan ukuran menilai puisi berdasarkan kemudahan memahami, yang disebut 'intelligibility'. Ukuran kemudahan memahami tidak dapat digunakan sepenuhnya dalam menilai suatu puisi kerana puisi yang bernilai tinggi memang memerlukan pemusatan fikiran dan pengerahan pengalaman batin serta wawasan keilmuan yang memadai tentang aspek-aspek puisi.

Seseorang mungkin saja tertarik pada sebuah puisi kerana puisi itu mengungkapkan pengetahuan atau pengalaman baru, atau sebaliknya ada seseorang yang tertarik pada puisi yang mengungkapkan sesuatu yang sudah dikenalinya, yakni sesuatu yang berada dalam pengetahuan dan pengalamannya, maka diam-diam seseorang itu telah menerapkan ukuran pragmatis. Ukuran pragmatis bersandar pada kesenangan, kemudahan memahami, tema puisi sesuai dengan selera, pengetahuan dan pengalaman pembaca.

Selain ukuran pragmatis, ada ukuran lain yang disebut ukuran didaktis. Ukuran didaktis ini bersandar pada sebuah anggapan bahawa puisi yang indah dan berkualiti ialah puisi yang mampu memberikan nilai positif, yang menyampaikan pesan pembinaan moral dan keperibadian, serta meningkatkan taraf kematangan pembaca.

Ukuran lain yang kerap dipakai untuk menilai keindahan dan kualiti puisi ialah ukuran ekspresi. Di dalam pelaksanaannya, ukuran ini selalu dihubungkan dengan keaslian  dan kejujuran. Masalah keaslian dan kejujuran ini tentu saja mengandung dan mengundang masalah rumit. Kejujuran di sini ialah kesungguhan dan kedalaman fikiran penyair dalam menyatakan suatu konsep. Penyair hendaknya memperlihatkan kepada pembaca bahawa hasil kreatifnya merupakan pemikiran dan pendalaman persoalan yang ingin diungkapkan melalui puisi. Ukuran lain yang juga diterapkan untuk menilai kualiti dan keindahan puisi ialah ukuran kebenaran. Puisi yang memiliki kebenaran mampu membayangkan atau mencerminkan kehidupan atau peristiwa kehidupan yang ada kebenaran dan dalam konteks ini ialah kebenaran yang ideal.

Dari berbagai rujukan dan pengalaman, terdapat juga beberapa ukuran lain terhadap puisi yang berkualiti. Pertama, berkait dengan puisi yang komunikatif. Banyak puisi yang dipandang kurang berkualiti lantaran kurang komunikatif terutama sekali puisi yang menggunakan simbol peribadi. Perihal 'komunikatif' ini harus disikapi secara lentur, sebab semua puisi yang komunikatif mudah jelas sebagai tidak berkualiti. Pengertian 'komunikatif' ini hendaklah difokuskan kepada bentuk interaksi-dialektif, pesan komunikasi itu tertangkap namun tidak semuanya difahami kerana puisi selalu menyimpan misteri dan jarak pemaknaan. Puisi yang mampu menggoda pembaca untuk terus mendedahkan pesan komunikasi, akan tergolong puisi komunikatif yang berkualiti.

Puisi yang berkualiti ikut menunjukkan adanya keteraturan. Keteraturan puisi bergantung pada sistem puisi, kod bahasa, pengemasan pesan, penggunaan peranti keindahan bahasa dan kedalaman makna pesan. Ada keteraturan antara bahasa sebagai alat pemapar dan isi pesan yang dipaparkan. Stylistika, retorika, etika menjadi benang merah yang meronai puisi yang teratur. Bagaimana pun juga selain cerdas bergaya, beretorika, juga mampu mengemas pesan yang indah.

Seterusnya, setiap puisi yang berkualiti menunjukkan adanya integrasi semua unsur, aspek, dan komponen pembentuk puisi. Di dalam puisi berkualiti terdapat keserasian antara isi, bentuk, bahasa, dan ekspresinya. Integrasi atau perpaduan antara isi, bentuk, bahasa, dan ekspresi ini menjadi pertaruhan bagi puisi berkualiti.

Sebuah puisi berkualiti juga lahir kerana adanya penemuan. Seperti ilmuan dihargai oleh masyarakat lantaran penemuan ilmiahnya yang baru  sehingga memperkaya ilmu, maka penyair yang hebat akan sanggup menawarkan adanya penemuan. Penemuan di sini mungkin berhubung dengan estetika, pola pengucapan, teknik pemaparan, dan pengemasan pesan yang mempesona. Penyair yang benar-benar intens, serius, dan mampu menjelmakan sikap, visi dan misinya dalam ekspresi yang tepat di dalam puisi-puisi yang digubahnya turut tersangkut melahirkan kualiti tersendiri. Puisi berkualiti memiliki kadar ekspresionisme yang tinggi sebagai realisasi kepekaan penyairnya.

Melalui penemuan yang baru mampu memberikan penghiburan spiritual, batiniah, rasa senang, puas, mempesona, dan mungkin membius pembacanya. Jika ada pembaca yang larut ke dalam puisi, itu pertanda puisi itu memiliki kualiti. Puisi berkualiti tidak pernah membosankan saat dibaca, waima membacanya berulang kali.

Reader Comments

Borgata Hotel Casino & Spa - JTR Hub
Located 토토 사이트 도메인 in Atlantic City, Borgata Hotel Casino 바카라 사이트 검증 & Spa offers the finest in 1xbet korean amenities and entertainment. It also 출장마사지 provides a 오래된 토토 사이트 seasonal outdoor swimming



Salam Puisi

PUISI merupakan sebuah genre kesusasteraan yang lahir daripada gembelengan seluruh tenaga yang ada: dalam dan luaran, fakta dan renungan imaginasi dan pengalaman penyair yang menakjubkan. Lihatlah, adakah seorang penyair yang mencipta puisi sepanjang waktunya? Tentulah tidak. Dia hanya menggarap atau berkarya pada saat-saat jiwanya tersentuh, mindanya terbuka dan kreativitinya mendesak. Pada ketika itu, percayalah jiwanya meronta-ronta untuk menyatakan sesuatu yang dilihat, mungkin juga yang didengar, memberi reaksi terhadap apa yang terjadi dan kadang-kadang juga mencuba mencari jawapan serta penyelesaian kepada apa yang berlaku. Para penyair bekerja dan berjuang dengan persepsi yang jauh lebih meresap, menggunakan kata-kata juah lebih halus, yang mampu meruntun rasa pembaca yang jauh lebih mendasar. Kita ingin menyelami yang tersurat daripada sesebuah karya. Blog ini merupakan sebuah alternatif ke arah mengangkat karya-karya kreatif para penyair di Sabah menerusi pembicaraan kritis terhadap puisi-puisi yang pernah diterbitkan bercetak di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Pembicaraan ini bersifat interaktif dan mesra baca dan tidak tercetak di mana-mana media. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sebahagian rekayasa pencerahan karya serta kepenyairan para penyair yang terlibat. Usaha ini merupakan sumbangan peribadi saya yang amat mencintai puisi. Ia tentunya bukan suatu yang sempurna. Jestru, anda boleh melakukan sebarang komentar terhadap pembedahan karya-karya berkenaan melalui ruangan yang disediakan.

Ungkap Sasterawan

Yang kami perlukan kata benar bukan cerita besar ~ SN Muhammad Haji Salleh.

Saya rajin mengarang tetapi tidak tahu sama ada saya maju atau berkembang. Mungkin saya hanya rajin mengarang sahaja, tetapi masih di takuk lama ~ SN Shanon Ahmad

Sastera dan Seni tidak bererti kalau kesusasteraan tidak bergoncang ~ SN Dato' A.Samad Said

Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa, menambah kata-kata bahasa bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu jiwa bangsa ~ Sutan Tadbir Alisjahbana

Kita tahu bahawa seni itu indah dan indah itu bagi seseorang tidak sama ~ Dharmawijaya

Kalau hendak memperbaiki karangan adakan peraturan dalam fikrian ~ Rabindranath Tagore

Blogger Templates by Blog Forum



ONY SAHARA ROSNAH

JAIR SULAI

Arkib

Catatan Popular


Get Free Shots from Snap.com